Tahun 2023 dijangka ekonomi terburuk? Sudahkah kita bersedia?

Kita dah nak hampir ke punghujung tahun 2022. Beberapa bulan yang lepas dan tahun sebelumnya, kita mengalami musibah virus covid19 melanda. Ramai yang terkesan dengan perkara tersebut.

Ramai antara kita mula bangkit semula dan cuba untuk membina normal hidup baharu. Boleh dikatakan negara kita terkesan yang amat besar. Dari segi kesihatan, pekerjaan dan perniagaan semua terjejas. 

Tahun 2023 krisis ekonomi akan berlaku?

Berita berita dari sumber luar dan dalam negara telah pun tersebar mengenai krisis ekonomi yang akan datang dijangka teruk. Apakah negara kita sudah bersedia atau adakah kita sudah bersedia. 

Menurut sumber dari rakan seperjuangan saya, ada pelabuhan yang sedang ,menyimpan kontena kontena dari luar. Nampak seperti banyak jumlah kontena yang masuk tapi bukan bermaksud banyak import atau eksport sebaliknya hanya menajdi tempat simpanan sahaja.

Bayangkan kalau simpanan kontena ini berlaku, apa yang sudah jadi kepada perniagaan perniagaan tersebut? Apabila saya tanyakan apakah kontena kontena ini akan keluar semula? Jawapan yang saya dapat ialah tidak tahu bila dan waktu ekonomi akan rancak semula.

Majalah Forbes juga menyatakan isu perang antara Ukraine dan Rusia adalah salah satu punca tidak stabil ekonomi dunia kerana pengeluaran hasil pertanian seperti gandum dan sebagainya menyebabkan kekurangan bekalan. Kawasan perairan laut juga terdapat banyak sekatan laluan kapal.

Antara sebab lain juga, selepas dari pandemic Covid19, bermacam macam prosedur juga berubah dan agak ketat antara  negara negara yang menyukarkan saluran perdagangan. Antara sebab lain ialah perubahan manusia atau cara mereka membeli juga berubah corak. Permintaan tinggi tapi tidak ada penawaran ( produk tidak mencukupi ) juga salah satu faktor besar. 

Apakah kesan dari krisis ekonomi yang bakal melanda?

Antara kesan kesan yang kita bakal lihat sekarang ialah hilangnya punca pendapatan berkemungkinan hilang pekerjaan atau pun kurang nya proses jual beli dalam perniagaan. 

 (Wujudnya perniagaan kerana ada permintaan)

(Wujudnya pekerjaan kerana ada penawaran ) 

Jika wujud sahaja pekerjaan tetapi tiada permintaan ( produk ) kurang /tiada, bagaimana sesebuah syarikat nak hasilkan duit? Apa akan berlaku kepada pekerja? Sudah pasti syarikat akan mengurangkan kos. Begitu juga dengan perniagaan jika dibuka jualan tanpa ada yang membeli disebabkan tiadanya kuasa membeli, apa akan terjadi dengan perniagaan tersebut?

Semua berkait rapat. Hal berkenaan lemahnya atau jatuh matawang juga antara peranan besar dalam ekonomi. 

Persoalannya adakah kita bersedia menghadapinya?

Sebaik baik rezeki kita pemberi ialah Allah SWT. Kita doa kepadanya kerana dia maha pemberi dan maha pemurah. Kuatkan semangat dan cari jalan penyelesaian dengan berdoa kepadanya.

Boleh baca sumber dari Forbes