
Masalah bila dah PM atau mesej kepada pelanggan ialah bab pembayaran. Bila dah dapat persetujuan dengan pembeli, bab nak dapatkan bayaran pula jadi isu.
Mulalah follow up yang berterusan. Ada pembeli yang akan membayar secepat mungkin dan ada pula yang memikirkan berkali kali nak bayar. Bab ini yang menjadi punca besar.
Follow up berterusan berkesan ke?
Kajian di atas adalah berdasarkan maklumat dari seller seller tempatan dan tidak semestinya tepat

Dah ready nak jadi terer menjual di website?
Kelas surat niaga ni akan membawakan trick dan teknik menjual dengan website. Bukan itu je, free traffik ke website juga akan di targetkan. Nak belajar tentang SEO? Jom la
Kenapa susah mendapat bayaran dari bakal pembeli?
Soalan begini agak subjektif dan sukar untuk dijawap. Apakah isu yang sebenarnya? Adakah sebagai seller kita tidak boleh memaksa atau menanya tentang bila nak membuat pembayaran?
Kita tanya diri kita sendiri sebagai permulaan. Adakah kita tidak rasa rimas kalau soalan yang sama bila nak membuat pembayaran?
''Salam Tuan, dah buat bayaran ke?''
'' Salam Puan, kami dah siapkan oder ni!''
''Oder anda dah kami proses. Sila buat bayaran''
''Mungkin bos terlepas pandang , kami masih menunggu bayaran masuk sebelum kami poskan..''
Krik krik krik krik...
Trick yang dah lama ada tapi ramai tak buat
Payment gateway adalah satu kewajipan yang kene ada bagi online seller. Ia memudahkan pembayaran dan juga memudahkan seller mendapatkan data secara terus. Apa kaitan sebenarnya payment gateway meningkatkan pembayaran?
Apa kaitan dengan payment gateway. Pertama sekali ialah hanya menghantar link pembayaran sahaja. Tak perlu pun berdialog dengan bakal pelanggan kerana mereka akan merasa tidak selesa apabila tiap kali bertanya khabar atau menanyakan samada berminat untuk membeli atau tidak.

Hantar link payment gateway jer. Tak perlu lagi tanya khabar pun. Kalau belum terima bayaran lagi, cuba rendahkan sikit je harga jual. Insyaallah anda akan lihat hasilnya.